Sejarah dan Jenis-jenis Kebaya | History & Types of Kebaya

Baju Kebaya

Baju Kebaya ialah pakaian tradisional yang berasal dari Indonesia (Nusantara) yang dipakai oleh golongan wanita di Indonesia, Singapura, Malaysia dan Brunei. Ia diperbuat daripada kain kasa yang dipasangkan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni.

Dipercayai kebaya berasal daripada negara Arab. Orang Arab membawa baju kebaya (yang Arabnya "abaya") ke Nusantara ratusan tahun yang lalu. Lalu tersebar ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera, dan Sulawesi. Setelah berlakunya asimilasi budaya yang berlangsung selama ratusan tahun, pakaian itu diterima oleh penduduk setempat.

Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh golongan keluarga kerajaan di sana. Selama zaman penjajahan Belanda di Pulau ini, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi. Saban hari, kebaya diubah dari hanya menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan sulaman warna-warni.

Pakaian yang mirip yang disebut "nyonya kebaya" diciptakan pertama kali oleh orang-orang Peranakan daripada Melaka. Mereka mengenakannya dengan sarung dan kasut cantik bermanik-manik yang disebut "kasut manek". Kini, nyonya kebaya sedang mengalami pembaharuan, dan juga terkenal dalam kalangan wanita bukan asia.

Terpisah daripada kebaya tradisional, ahli fesyen sedang mencari cara untuk memodifikasi desain dan membuat kebaya menjadi pakaian yang lebih modern seperti untuk acara wisuda, kebaya untuk pesta, dan lain-lain. Kebaya yang dimodifikasi boleh dikenakan dengan seluar jeans.

Sejarah Kebaya

Menurut Denys Lombard dalam bukunya Nusa Jawa: silang Budaya (1996) Kebaya berasal dari bahasa Arab ‘Kaba’ yang bererti ‘pakaian’ dan diperkenalkan lewat bahasa Portugis ketika mereka mendarat di Asia Tenggara. Kata Kebaya diertikan sebagai jenis pakaian (atasan/blouse) pertama yang dipakai wanita Indonesia pada kurun waktu abad ke-15 atau ke-16 Masihi. Hujah Lombard tentu berterima terutama lewat analogi penelusuran lingustik yang toh sampai sekarang kita masih mengenal ‘Abaya’ yang berarti tunik panjang khas Arab. Sementara sebagian yang lain percaya Kebaya ada kaitannya dengan pakaian tunik perempuan pada masa kekasiran Ming di Tiongkok, dan pengaruh ini ditularkan setelah imigrasi besar-besaran menyambangi semenanjung Asia Selatan dan Tenggara di abad ke-13 hingga ke-16 Masehi.

 

Jenis-jenis Kebaya di Malaysia

Baju Belah Kebaya Panjang

Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau. Pola baju belah panjang ini masih bersifat 'mengurungkan' anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai 'baju panjang' dan 'kebaya panjang'. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga.

 

Kebaya Riau-Pahang

Di Pahang pula, baju kebayanya dikenali sebagai baju Riau Pahang atau dipanggil Kebaya Turki, perbezaan Kebaya ini dengan Kebaya lain yang terdapat di Malaysia adalah mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.

 

Kebaya Nyonya

Fabrik yang biasa digunakan untuk membuat kebaya Nyonya dinamakan kasa rubia. Kain tenunan kosong ini jarang, ringan dan diperbuat daripada benang pintal yang halus. Benang yang digunakan untuk menjahit fabrik biasanya benang sulaman mesin daripada kapas, sutera atau polister. Pada zaman dahulu, fabrik dan benang yang digunakan untuk membuat Kebaya Nyonya adalah daripada jenis yang bermutu paling tinggi dan diimport dari Eropah dan sesuai dengan status Nyonya.

 

Kebarung

Kebarung adalah merupakan gabungan singkatan perkataan baju kebaya dan baju kurung. Busana yang berasal dari Negeri Selangor ini amat popular dan diminati pada awal 90-an. Antara artis yang pernah menjadi ikon busana ini ialah Ziana Zain dan Erra Fazira.

Kebaya Chitty

Seperti wanita Selat atau Nyonya Cina, Kaum India Chitty juga mempunyai kebaya tersendiri. Sudah tentu, terdapat beberapa perbezaan di antara kebaya yang dipakai oleh Peranakan India dan Cina. Kebaya Chitty agak konservatif amnya memihak kepada bahan legap untuk kebaya mereka, berbanding kebaya Nyonya yang lebih suka kain separa telus. Kebaya Chitty juga cenderung untuk plainer, dengan sulaman halus atau tiada langsung - Tidak seperti Nyonya kebaya, yang sering dihiasi dengan jahitan yang agak teliti dan halus. Satu lagi perbezaan adalah bahawa wanita Chitty juga memakai kebaya labuh (kebaya panjang) serta kebaya pendek (kebaya hip-panjang digemari oleh Nyonya).

 

Kebaya Saloma

Biduanita Puan Sri Saloma boleh dianggap sebagai pencipta atau pencetus trend fesyen dan gaya berpakaian wanita Malaya sejak muncul sebagai penyanyi dan pelakon filem pujaan ramai. Saloma dilihat berani mencuba dan memperkenalkan sesuatu yang baru dalam cara berpakaiannya. Pada zaman 1950-an di mana orang Melayu kuat dicengkam adat dan berpegang teguh kepada tata susula Timur, Saloma muncul dengan gaya berpakaian 'asing' bagi masyarakat Melayu ketika itu. Saloma mempopularkan fesyen pakaian ketat, menampakkan bentuk badan, potongan melepasi bahu dan menampakkan dada. Saloma turut memperagakan pelbagai jenis kebaya yang menjadi menjadi ikutan wanita Melayu pada zamannya. Fesyen pakaian dengan potongan kain kipas dan kembang, tangan melepai menjadi kemestian wanita dan artis wanita pada waktu itu. Begitu juga dengan pakaian luar ala kot yang dicetuskannya turut manjadi ikutan ramai.

 

Kebaya Selangor

Selain Kebarung, Selangor juga mempunyai Kebaya tersendiri, identiti kebaya Selangor ialah ia tidak mempunyai kolar, kebaya jenis ini pernah diperagakan oleh Datuk Michelle Yeoh ketika hadir dalam majlis peranugerahan gelaran Datuk pada tahun 2001.

 

Kebaya Pualau Pinang

Di Pulau Pinang pula selain popular dengan kebaya Nyonya, terdapat juga kebaya dari kaum Jawi Peranakan iaitu kaum India Muslim seperti Kaum Mami dan Mamak, terdapat perbezaan kebaya dari kedua-dua kaum ini, kaum Mami lebih gemar mengunakkan kain lace dihiasi sulaman labuci berbeza dengan kaum mamak yang lebih gemar mengunakkan kain Sari untuk dijadikan Kebaya.